AURA ORANG YANG BERIMAN
Hadis riwayat
Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):
"Kalian
adalah orang-orang yang memiliki CAHAYA MUKA, CAHAYA TANGAN dan CAHAYA KAKI pada hari
kiamat, kerana penyempurnaan wudu'. Maka
barang siapa di antara kalian yang mampu, tetapi
terdapat beberapa ayat yang menerangkan tentang CAHAYA aura ini dengan agak jelas.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Hai orang-orang yang
beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan
nasuhaa.Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi
kesalahan-kesalahanmu
dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang
mu’min yang bersama dia;
sedang CAHAYA mereka memancar di hadapan
dan di sebelah kanan mereka,sambil mereka
mengatakan:“
Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah
kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(At-Tahriim: 8)
... pada hari
ketika kamu melihat orang mu’min laki-laki dan perempuan, sedang CAHAYA
mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka,
(dikatakan kepada meraka): "Pada hari ini ada beritagembira
untukmu, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya.
Itulah keberuntungan yang besar.”
(Al-Hadiid:
12)
Pada hari
ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang
yang beriman:“Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil
sebahagian dari CAHAYAMU”. Dikatakan
(kepada mereka): “Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri CAHAYA
(untukmu)” Lalu
diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada
rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.
(Al-Hadiid:
13)
Apa yang
pasti sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran, orang mukmin
mempunyaiauranya yang tersendiri mengikut amalannya, dimana aura itu
bersilau-silau dari dalam dirinya. Kisah tentang
aura ini diceritakan bahawa
syaitan yang melalui satu lembah,apabila diketahuinya bahawa Syaidina Umar r.a
akan melalui laluan yang sama maka segeralah syaitan itu cabut
lari lintang
pukang mencari jalan lain.Juga
diceritakan mukjizat nabi Rasullulah SAW
wajah baginda memancarkan cahaya
dikegelapan pada waktu sahur.
.
Sekiranya
didikan-didikan aura yang berteraskan sains duniawi, ajaran agama animisme dan ardhi,
atau kerohanian moden serta tanpa menyertakan keimanan dan
ketaqwaan terhadap ayat-ayat Allah SWT secara mutlak dan hakiki; maka bahan-bahan yang mengeluarkan aura yang
digunakan juga “berkemungkinan” mengandungi elemen-elemen sihir, jin dan syaitan, samada secara terangan
atau tersembunyi. Jika tenaga rangsangan atau kekuatan itu adalah
semata-mata berpunca dari produk aura atau
kekuatan manusia (pemberi aura) – adalah pegangan dan dakwaan yang tidak boleh diterima oleh ajaran Islam,
yang boleh membawa kepada kesesatan; kerana
perlu diingat bahawa bukan semua
yang ghaib itu datangnya dari Allah SWT (walaupun diizinkan olehNya kerana Allah Maha
Mengetahui segalanya). Sekali lagi dinyatakan bahawa jin, syaitan daniblis juga boleh memberikan kelebihan yang
luarbiasa kepada manusia dengan tujuan untuk menyesatkan dan merosakkan
umat manusia, terutamanya umat Islam di akhir zaman ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan
demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami.
Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan
tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu CAHAYA, yang Kami tunjuki dengan
dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan
sesungguhnya kamu
benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
(As-Shura:
52)
Orang-orang
yang beriman, dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kedzaliman
(syirik), mereka itulah
orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang
mendapat petunjuk.
(Al-An'aam:
82)
Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya. (Al-Jathiyah : 13)
No comments:
Post a Comment