AURA DALAM ISLAM
Adakah aura
itu bidaah dan sesat seperti dakwaan sesetengah pihak?
Adakah
kewujudan aura benar-benar boleh disahkan berulang-ulang kali dengan mata
kasar?
(iaitu dengan kaedah melihat aura di hujung
jari, di tapak tangan, menggunakan cermin
dan latar putih dalam cahaya suram). Apa yang
mereka lihat aura itu sebagai cahaya
putih atau berwarna, adakah itu dikatakan
sesat dan bidaah? Adakah sains
itu satu
bidaah dan sesat?
Memang benar terlalu banyak elemen-elemen agama ardhi diserapkan
ke dalam pemahaman tentang aura terutama dari agama
Hindu dan Buddha.
Tetapi oleh
kerana aura adalah satu elemen atau unsur yang kehadirannya
boleh dibuktikan secara saintifik berulang-ulang
kali seperti kewujudan elektrik
dalam wayar
tanpa pembalut di mana kehadiran dan kewujudan elektrik itu boleh
dibuktikan,
maka aura tidak relevan dikatakan sebagai semata-mata
elemen-elemen agama ardhi atau berteraskan agama ardhi.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Katakanlah: Adakah sama
orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang yang
berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Az-Zumar: 9)
Doa Nabi Muhammad SAW,
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam Mukhtarul Hadis:
Maksudnya:
Ya Allah!
Jadikanlah hatiku bercahaya, dan pada lidahku bercahaya dan jadikanlah
pada
penglihatan ku bercahaya dan pada pendengaranku bercahaya, dan dari kanan
ku bercahaya, dan dari kiriku bercahaya, dan
daripada atas ku bercahaya, dan daripada
bawah ku bercahaya, dan dari muka ku
bercahaya, dan dari belakang ku bercahaya,
dan
jadikanlah pada diriku bercahaya dan sebesar-besar bagiku bercahaya.
Cahaya adalah
satu bentuk gelombang elektromagnetik dan aura juga adalah satu
gelombang
elektromagnetik. Kedua-duanya
terpancar daripada suatu jisim atau dan jumlah
pancaran bergantung kepada sumbernya. Aura
adalah satu bentuk cahaya atau sinaran elektomagnetik
yang terpancar
dari hidupan dan unsur alamiah.
Walaupun cahaya dalam hadis di atas mungkin boleh dikaitkan dengan aura,
TETAPI perlu
diingatkan bahawa beribadat semata-mata untuk mendapatkan kehebatan
aura;
boleh membawa kepada kesyirikan dan akan
terpesong akidah –
tambahan pula dengan pengaruh tipudaya dan
hasutan syaitan dan iblis yang sangat halus,
sekiranya
tidak berpegang kuat kepada Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.
Firman Allah
SWT yang bermaksud:
Maka alangkah
eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri ketika
mereka
ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras dan
SYAITAN pula
memperelokkan pada mereka apa yang mereka
telah lakukan.
(Al-Anaam:
43)
Secara Islamiah,
aura (atau aura cahaya) memang wujud pada setiap zat ciptaan Allah SWT
seperti manusia, haiwan, tumbuhan, bungaan,
buahan serta unsur alam semulajadi seperti batu, kayu dan besi
TETAPI dengan
tahap kekuatan dan rupabentuk yang berbeza-beza dan unik antara setiap satunya.
Wajib
berpegang bahawa aura yang wujud pada semua manusia itu
(samada manusia itu beragama Islam atau tidak)
adalah merupakan hasil ciptaan dan kurniaan
Allah SWT Maha Pencipta semata-mata. Iqtiqad, kepercayaan,
niat dan perbuatan perlulah diperbetulkan agar
tidak berlaku syirik dan menyimpang dari landasan Islam.
Firman Allah
SWT yang bermaksud:
Allah yang
menerangi LANGIT dan BUMI. Bandingan NUR hidayat petunjuk Allah adalah sebagai
sebuah "misykaat"yang berisi
sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca, geluk kaca itu pula laksana
bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok
yang banyak manfaatnya, pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja
semasa turunnya; hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan
CAHAYA bersinar walaupun ia tidak disentuh api; CAHAYA berlapis
CAHAYA. Allah memimpin sesiapa yang
dikehendakiNya kepada NUR hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai
misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu.
(An-Nur: 35)
Dan tiadalah
Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara
keduanya
sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan...
(Sad: 27)
Walaupun
sains telah membuktikan kewujudan aura dengan penggunaan akal dan kepandaian
manusia; namun sebagai orang Islam yang beriman, kita wajib percaya
bahawasanya penciptaan dan kejadian aura ini adalah untuk membuktikan kehebatan dan kebesaran
Allah SWT sebagai Tuhan Sekelian Alam, Maha Pencipta dan Maha Menguasainya
segalanya di langit dan di bumi.
Sumber
Kekuatan Aura
Kekuatan aura
seseorang itu perlulah bersumberkan dari keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
SWT. Kita tidak boleh sama sekali menerima bahawa aura seseorang itu wujud atau
meningkat disebabkan oleh makhluk lain (Cthnya: guru, jin, khadam, wali,
sheikh panglima, roh orang lain dan sebagainya) ATAU
dari sesuatu benda, produk atau teknik kemanusiaan (Cthnya: minyak wangi, teknik pernafasan
dalaman, diperturunkan, dipinjamkan, dihantar, kayu koka, batu cincin, keris
dan berbagai lagi) yang boleh menjerumus kepada perkara khurafat.
Nau'zubillah.
Firman Allah
SWT yang bermaksud:
Bertanyalah
kepada mereka: Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?
Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan
penglihatan?
Dan siapakah
yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan
mengeluarkan benda yang mati
dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan
sekalian alam? maka mereka tetap akan menjawab
dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya!
Oleh itu,
katakanlah: maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?
(Yunus: 31)
Sebagai
seorang Islam yang benar-benar beriman; kita wajiblah berpegang bahawa
kekuatan aura seseorang
bergantung kepada Keimanan yang kukuh, Ilmu
yang mencukupi, Amalan Ibadat Wajib dan Sunat serta Akhlak yang mulia –yang semuanya berlandaskan Hukum Syarak dan
Syariat Islam. Bukannya dengan menumpukan fokus kepada aura itu
sendiri, yakni dengan membetulkan aura agar menjadi
lebih beriman dan berakhlak mulia, sebagaimana dakwaan sesetengah pengamal ilmu
aura.
Ingin ditegaskan
bahawa aura cahaya yang kuat, bersih, sihat dan sempurna hanya datang
melalui keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT beserta amalan kebersihan
berterusan secara zahiriah dan batiniah. Penggunaan segala teknik dan kaedah bagi menguatkan
aura adalah semata-mata sebagai alat bantuan dan sokongan sahaja kerana sifat
semulajadinya yang dijadikan oleh Allah SWT DAN tidak boleh dianggap sebagai sumber atau punca
mutlak tenaga aura. Contohnya seperti penggunaan warna yang tertentu bagi
pakaian dan ruang bilik,
penggunaan
batu-batu kristal, jenis-jenis kayu, tumbuhan, sistem pencahayaan dan
pengudaraan; termasuklah penggunaan ubat-ubatan, makanan tambahan, aroma terapi, minyak wangi atau apa sahaja
yang mengaitkan aura.
Firman Allah
SWT yang bermaksud:
Dengan itu
Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa
yang mengikut keredaanNya dan Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita kepada
CAHAYA yang terang-benderang, dengan izinNya dan Tuhan menunjukkan mereka
ke jalan yang lurus.
(Al-Maeda:
16)
Jika
demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima
Islam, lalu dia tetap berada dalam CAHAYA dari Tuhannya?Maka
kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada
menerima peringatan yang diberi oleh Allah Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam
kesesatan yang nyata.
(Az-Zumar: 22)
Sesungguhnya
pada KEJADIAN LANGIT DAN BUMI dan pada pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda
(kekuasaan,
kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang BERAKAL;
(Ali-Imran:
190)
Nabi Musa
menjawab: Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap
sesuatu: KEJADIAN SEMULAJADINYA yang
sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan CARA
MENGGUNAKANNYA.
(Toha: 50)
Secara
ringkasnya; manusia, haiwan, tumbuhan, bungaan, buahan serta unsur alam
semulajadi seperti batu, kayu dan besi (serta warna-warna) memang mempunyai aura (atau aura cahaya) dan
bukanlah sesuatu yang aneh, pelik atau mustahil atau sesat atau bidaah. Namun, tahap
aura (kuat, normal atau lemah), rupabentuk dan penjenisannya adalah
berbeza-beza serta unik antara setiap satunya mengikut kehendak dan
ketentuan Allah SWT. Ingin ditegaskan (untuk orang-orang yang beriman)
bahawa penggunaan dan peningkatan aura ini TIDAK
BOLEH datangnya dari sumber lain selain dari ayat-ayat Al-Quran, Zikirullah dan
Doa-doa Mustajab kepada Allah SWT sahaja,
beserta keimanan dan ketaqwaan yang
kental.
Sekiranya
bersumberkan yang lain, maka ianya boleh membawa kepada kesesatan, kesyirikan,
kekufuran, kemunafiqan dan kekhurafata (maka samalah kita seperti orang-orang kafir
yang mempercayai bulat-bulat kpd sains dan duniawi semata-mata). Perlulah
diketahui bahawa kekuatan dan kelebihan tenaga aura yang tidak berasaskan
ajaran Islam memang juga wujud (selagi diizinkan oleh Allah SWT).
Firman Allah
SWT yang bermaksud:
Tidakkah
mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka
memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang
yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari
mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan
usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka
dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka
sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.
(Ghafir: 21)
Sesungguhnya
Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, nyamuk hingga ke suatu yang
lebih daripadanya, iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan
mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan
berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini?: Tuhan akan
menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan
menjadikan ramai orang mendapat petunjukdengan
sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab
perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.
(Al-Baqara:
26)
Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu
dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan itu bagi sesiapa
yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu, maka sesungguhnya dia
telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(An-Nisa:
116)
Sesungguhnya
orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain dari jalan Allah,
sebenarnya
mereka telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(An-Nisa:
167)
Segala jin,
syaitan dan iblis juga mempunyai kemampuan untuk menjadikan seseorang manusia
itu nampak hebat melalui penipuan dan sihir mereka,secara halus
dan tidak disedari; demi untuk menyesatkan umat manusia, anak cucu Nabi Adam
as. Maka janganlah kita hairan atau kagum terhadap mana-mana manusia yang mendakwa
mempunyai kehebatan atau tenaga aura yang hebat dan luarbiasa melalui sesuatu
makhluk, benda, produk atau teknik kemanusiaan (atau
percampuran dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan Zikirullah - bagi menampakkan
zahir yang elok) kerana Allah
SWT juga mengurniakan Istidraj dan Ihanah untuk menambahkan kefasiqan mereka -
kerana Allah SWT telah melaknati mereka ini.
Firman Allah
SWT yang bermaksud:
Dan
sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia
yang mempunyai hati tidak mahu memahami dengannya, dan yang
mempunyai mata tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga tidak
mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka
lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-Araf:
179)
A
No comments:
Post a Comment