Aura juga
dikenali dengan pelbagai nama antaranya Chakra, Chi, Prana, Kuasa Minda, Tenaga Batin,
Tenaga Dalaman, Tenaga Ilahi, Kesaktian, Cahaya dan sebagainya. Menurut satu
kenyataan: "Aura merupakan lapisan-lapisan halus yang terbentuk di luar
objek atau tubuh manusia. Aura adalah
medan arus tenaga elektromegnetik atau perisai halus yang terdiri daripada
sejumlah getaran gelombang tenaga yang
bersifat metafizik (ghaib). Ianya berperanan melindungi tubuh manusia dari
getaran tenaga negatif dan
serangan
radiasi luaran yang boleh merosakkan sistem tubuh manusia. Dari sinar UV yang
berlebihan hinggalah kepada kesan
sinar infrared yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia."
Kajian Sains
Tentang Aura
Di zaman ini,
pengkajian tentang aura telah dipermodenkan di mana ianya telah dikaji secara
saintifik Sejenis
kamera khas didakwa telah dicipta untuk merakam warna-warna aura yang
menyelubungi seseorang.
Beberapa
kaedah dan tips juga diperkenalkan bagi melihat aura dengan mata kasar.Dan ini
didakwa boleh dibuktikan dan diulangi berulang-ulang kali dalam kajian. Dalam
tafsiran sains moden, aura juga telah ditafsirkan sebagai gelombang elektro magnetic yang terpancar
dari benda-benda hidup.Kawasan atas
muka bumi juga dikatakan mempunyai aura yang berbeza-beza.
Secara saintifik, elektro-magnetik adalah gelombang
yang terhasil daripada ayunan menerus sendiri yang terdiri daripada medan
magnet dan elektrik.
Ia adalah
satu bentuk sinaran atau cahaya. Sinaran elektromagnet dibahagikan mengikut
frekuensi gelombang iaitu gelombang radio, gelombang mikro (microwave), sinaran inframerah, cahaya nampak, sinaran
ultraungu, sinar-X dan sinar gamma. Hanya pada
julat frekuensi tertentu gelombang elektro magnetik itu boleh dikesan oleh mata
dan ia dikenali sebagai spektrum nampak.
Menurut bidang perubatan (neurologi), saraf-saraf dalam badan manusia
menghantar isyarat melalui impuls (denyutan) elektrik dari satu deria ke otak. Oleh itu
badan manusia boleh dikatakan mempunyai cas elektrik yang
kecil. Manakala bumi sebagaimana yang diketahui mempunyai medan magnet,
ini boleh ditunjukkan oleh jarum
kompas. Adakah gabungan medan elektrik dari badan manusia dan medan magnetik bumi boleh
menghasilkan sinar elektro magnetik? Tiada kajian lagi tentang perkara ini (?).
Menurut sains, setiap sesuatu yang wujud di alam ini
samada manusia, haiwan, tumbuhan, bungaan,buahan serta unsur alam
semulajadi seperti batu, kayu dan besi; adalah terhasil dari kesatuan berbilion-bilion sel atau atom
yang membentuk menjadi sesuatu objek.
Atom terdiri dari elektron-elektron negatif, dan proton-proton positif. Proton dan elektron ini adalah
getaran elektrik dan magnet. Proton bergerak mengelilingi inti sedangkan elektron bergerak mengelilingi proton. Ruang di mana atom
bergerak digelarsebagai ruang medan tenaga
(energy field). Medan tenaga ini memancarkan cahaya (invisible light spectrum )
atau lebih dikenali sebagai aura (?).
No comments:
Post a Comment