AURA DAN KESIHATAN MANUSIA
Aura didakwa
mempunyai beberapa lapisan getaran gelombang tenaga, yang berkait rapat dengan fungsi tujuh chakra (pusat tenaga di dalam
tubuh manusia) utama yang mempengaruhi peranan dan fungsi kelenjar serta organ tubuh, juga
mempengaruhi keseimbangan tingkah laku, dan peribadi seseorang.
Dipercayai
bahawa aura yang sihat dan sempurna, lapisannya indah, tebal, licin dan lembut.
Manakala aura yang
mengalami masalah atau bermasalah, lapisannya banyak mengalami kebocoran
tenaga, kasar kesat, tajam
dan nipis. Oleh sebab itulah perawat perubatan aura dapat mengesan penyakit yang berada pada tubuh pesakit dengan
melakukan teknik
imbasan
penyakit melalui deria sensitiviti aura di telapak tangan mereka.
Secara
umumnya, penjelasan dan keilmuan terhadap elemen aura ini masih lemah dan kabur
kerana tidak banyak kajian mengenai aura dan
kesan, pengaruh serta kegunaannya secara saintifikyang
diiktiraf di peringkat dunia. Kebanyakkan dakwaan adalah teori dan tidak dapat
dibuktikan dengan kukuh secara fizikal dan diperbahaskan secara
akademik.
Misalnya warna-warna aura dengan personaliti seseorang dan
tenaga aura sebagai satu kaedah perubatan alternatif.Pembicaraan tentang aura
menjadi popular kerana ramai orang terlalu berminat dengan
perkara-perkara mistik dan terlalu mengharapkan keajaiban berlaku dengan satu-satu penemuan.
Berhati-hatilah kerana sebagai seorang Islam yang beriman,
kita tidak
boleh sama-sekali menafikan bahawa setiap unsur kejadian dan elemen metafizik
adalah di atas penciptaan, izin, kehendak dan kuasa
Allah SWT jua.
No comments:
Post a Comment