Sunday, July 8, 2012

URUTAN TRADISIOANAL TREATMENT


URUTAN TRADISIONAL TREATMENT(WANITA SAHAJA)

RM60  /   1 JAM                                  
RM90  /   1 JAM 30 MIN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Urutan tradisional TREATMENT  Deforma Health dikendalikan oleh Dr alternatif yang bertauliah. Teknik urutan yang dilakukan dapat membantu merawat pelbagai penyakit
biasa dan kronik. Urutan keseluruhan badan dapat memperbaiki sistem saraf dan sistem peredaran darah yang telah mengalami kelemahan dari segi fungsi dan tenaga.






Secara khususnya urutan tradisional TREATMENT ini sangat perlu bagi penyakit yang
  • Melibatkan kekurangan stamina, lesu, tak bermaya. 
  • Mengalami ketegangan saraf akibat tekanan kerja dan tak cukup rehat
  • Mengalami kesakitan sendi otot dan saraf akibat bebanan kerja atau  kemalangan
  • Anggota badan menjadi sakit dan bisa bisa akibat darah yang mengandungi asid, toksin dan angin.
  • Kesakitan yang berpanjangan seperti ketegangan otot, sakit kepala/migrain dan    sakit belakang
PROSES ALIRAN KERJA
  1. Dimulakan pada bahagian tangan kanan dan kiri atau refleksi tangan dapat melegakan kesakitan yang di alami di bahagian kepala.
  2. Pelanggan di suruh meniarap dan urutan akan dilakukan dibahagian belakang  untuk melegakan kesakitan ditulang belikat dan rusuk.
  3. Urutan diteruskan kebawah hingga ke paras pinggang.
  4. Pada bahagian pinggul teknik tekanan pada point point tertentu dapat mengurangkan sakit diseluruh urat saraf dari atas bagian bahu hingga ke bawah bahagian kaki.
  5. Urutan seterusnya adalah pada bahagian paha. Ketegangan urat saraf dibahagiah paha boleh mengganggu stamina dan mood kewanitaan.
  6. Pada bahagian pelipat dibelakang lutut pula adalah satu tempat dimana kesakitan dan kelemahan bahagian pinggang dapat di rawat dengan menekan pada point point yang tertentu.
  7. Urutan pada bahagian betis  dapat mengurangkan ketegangan dan kekejangan.
  8. Kemudian pelanggan akan berbaring menelentang, urutan akan dibuat pada bahagian kaki seperti mana
  9. urutan refleksiologi. Pelanggan akan merasa kesakitan sekiranya mereka mempunyai masalah kesihatan yang ketara.Namun selepas urutan dilakukan pelanggan akan merasa lebih sihat.
  10. Urutan dibahagian atas betis dan paha membantu mengurangkan ketegangan dan melancarkan perjalanan  dan pusingan darah.
  11. Urutan dibahagian perut adalah untuk melembutkan ketegangan pada perut dan membantu pembuangan angin yang banyak mengganggu keselesaan tubuh badan.
  12. Kemudian pelanggan akan bangun dan duduk berlunjur, urutan dilakukan dibahagian dada dan bahu.
  13. Akhirsekali urutan dilakukan dibahagian muka terutama pada bahagian kening/mata dahi dan tekanan pada point point tertentu ditepi bahagian mata  boleh menseimbangkan daya tumpuan dan daya ingatan  .
  14. Urutan /massage dibahagian kepala dapat membantu mengurangkan sakit kepala akibat stress, migrain dan gangguan tidur
       Pesanan :

  • Dinasihati minum air suam segelas selepas  berurut.
  • Tidak digalakkan mandi sejurus selepas berurut
  • Jangan makan berlebihan sebelum berurut.
  • Wanita yang uzur tidak digalakkan berurut.

Proses urutan tradisional treatment telah selesai.Walaupun kesakitan dirasai 
semasa urutan dilakukan namun hasilnyan  akan memulihkan tenaga dan mengurangkan/menghilangkan sintom yang banyak mengganggu kesihatan.

No comments:

Post a Comment