Wednesday, July 4, 2012

AURA DAN KESIHATAN


AURA DAN KESIHATAN MANUSIA

Aura didakwa mempunyai beberapa lapisan getaran gelombang tenaga, yang berkait rapat dengan  fungsi tujuh chakra (pusat tenaga di dalam tubuh manusia) utama yang mempengaruhi peranan dan fungsi kelenjar serta organ tubuh, juga mempengaruhi keseimbangan tingkah laku, dan peribadi seseorang.

Dipercayai bahawa aura yang sihat dan sempurna, lapisannya indah, tebal, licin dan lembut. Manakala aura yang mengalami masalah atau bermasalah, lapisannya banyak mengalami kebocoran tenaga, kasar kesat, tajam dan nipis. Oleh sebab itulah perawat perubatan aura dapat mengesan penyakit yang berada pada tubuh pesakit dengan melakukan teknik
imbasan penyakit melalui deria sensitiviti aura di telapak tangan mereka.








AURA SECARA UMUM

Secara umumnya, penjelasan dan keilmuan terhadap elemen aura ini masih lemah dan kabur
kerana tidak banyak kajian mengenai aura dan kesan, pengaruh serta kegunaannya secara saintifikyang diiktiraf di peringkat dunia. Kebanyakkan dakwaan adalah teori dan tidak dapat dibuktikan dengan kukuh secara fizikal dan diperbahaskan secara akademik. 

Misalnya warna-warna aura dengan personaliti seseorang dan tenaga aura sebagai satu kaedah perubatan alternatif.Pembicaraan tentang aura menjadi popular kerana ramai orang terlalu berminat dengan perkara-perkara mistik dan terlalu mengharapkan keajaiban berlaku dengan satu-satu penemuan. Berhati-hatilah kerana sebagai seorang Islam yang beriman,
kita tidak boleh sama-sekali menafikan bahawa setiap unsur kejadian dan elemen metafizik adalah  di atas penciptaan, izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua.





No comments:

Post a Comment