Saturday, March 27, 2010

PENYAKIT DAHULU DAN SEKARANG

Senario penyakit pada zaman Dato nenek kita dahulu adalah sangat berbeza sekali dengan senario penyakit masa kini. Pada ketika itu penyakit biasanya menyerang pada golongan usia yang sudah tua. Penyakit penyakit biasa manyerang seperti darah tinggi , demam panas dan penyakit tua.

Kini penyakit boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira usia tua atau pun muda tidak terkecuali yang masih bayi. Malah mengikut kajian pakar perubatan setiap 4 orang seorang adalah berpotensi diserang penyakit canser. Pelbagai jenis penyakit misteri telah ditemui. Penyakit yang dahulunya menyerang binatang sahaja tetapi kini telah menyerang manusia seperti penyakit kuku dan mulut, penyakit JE dan lain-lain. Wabak-wabak penyakit kini sudah tidak dapat dikawal lagi seperti Denggi dan HI N1.

Pelbagai kajian sanitis yang begitu canggih telah diterokai namun kajian dan penemuan penemuan terbaru masih belum dapat menyelamatkan nyawa manusia seperti yang diharapkan.

Kaedah rawatan pakar pakar yang memakan belanja yang besar dan risiko yang tidak menjamin
kepada pemulihan secara tak langsung telah menyebabkan masyarakat telah memilih rawatan alternatif sebagai salah satu usaha mereka untuk mencari jalan keluar bagi mengatasi masalah masalah kesihatan yang kronik dan yang misteri.

Rekod rekod kejayaan para Doktor Alternatif yang tersiar di majallah dan media menambahkan lagi keyakinan masyarakat untuk memilih jenis rawatan Alternatif untuk masalah kesihatan mereka.

No comments:

Post a Comment