Friday, March 26, 2010

APA ITU PENYAKIT

  • Keadaan orang yang sakit itu ada dalam pelbagai kategori. Ada penyakit secara zahirnya dapat dilihat. Dan ada penyakit secara batin dan ia biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan kadangkala tidak disedari oleh sipesakit itu sendiri

  • Penyakit sebenarnya tidak datang secara mendadak terhadap seseorang . Ia menyerang secara berperingkat peringkat. Diperingkat awal tanda tanda penyakit atau sintomp akan mula dialami oleh kita. Sintomp 2 ini akan meningkat dari masa kemasa mengikut tahap sehingga ke peringkat yang kronik penyakit sudah tidak boleh dirawat lagi kerana kegagalan semua fungsi organ dan sistem tubuh badan.

  • Tubuh bandan mempunyai tenaga hayat semula jadi yang sempurna ukurannya mengikut sukatan aura dan gelombang tertentu. Dalam suatu keadaan aura tubuh badan seorang sudah menjadi tidak seimbang atau ukuran gelombang tenaganya sudah mula menurun atau tidak setabil lagi kerana tekanan dan perubahan yang berlaku atas sikap diri sendiri.

  • Ketidak seimbangan ukuran tenaga gelombang yang berlaku akan mengganggu kerja2/fungsi organ dan sistem dalam badan dan menimbulkan rasa tidak selesa dan tidak bertenaga, disitulah bermulanya penyakit ditahap yang awal.

  • Penyakit tidak akan berundur malah terus mara dengan gangguannya selagi kita tidak mengambil langkah untuk mengawalnya. Ditahap sintomp yang awal ramai yang tidak mengindahkan langsung akan masalahnya ini, mereka menganggap perkara ini hanya sementara dan akan reda sendiri.

  • Anggapan mereka meleset sama sekali setiap hari mereka menjalankan terus aktiviti harian yang mereka lakukan dan menambah bebankan lagi masalah yang sedang melanda. Mereka tiada masa dan sayangkan duit mereka untuk mengambil perhatian terhadap bebanan penyakit yang sedang ditanggung. Mereka terus leka bekerja dan bekerja mencari duit.

No comments:

Post a Comment